Bismilahirahmanirahim..
Assalamualaikum...
Entry kali ini adalah umum . Peringatan untuk diri
saya juga :)
Semua orang mempunyai jodoh yang ditetapkan oleh
Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.Jadi kita harus
redha dengan ketentuanNYA.Walau siapapun jodoh Allah hantarkan untuk kita
,terimalah dengan hati yang ridha. Alangkah bertuahnya kita kalau kita mengerti
setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur :)
Tidak salah kalau kita ada perasaan suka pada
seseorang kerana perasaan suka itu fitrah manusia tetapi jika perasaan itu
melebih-lebih sehingga mendekatkan pada zina , membuatkan kita lalai pada
perintah Allah itulah yang membuatkan kita berdosa.Mencintai tidak semestinya
memiliki.Kejar lah cinta Allah dahulu sebelum mengejar cinta manusia .Jika kita
masih muda ,tuntutlah ilmu sebanyak mungkin , tidak perlu memikir hubungan yang
tidak halal seperti 'couple'.Kejar lah cita-cita kerana Allah :)
Hati kita walaupun dalam dada kita sendiri ,ia tetap
bukan milik kita .Kita tak mampu mengawalnya .Hanya Allah yang boleh
memegangnya.Sebab tu kita kena dekatkan diri kepada Allah. Sebab kita nak DIA
pegang hati kita dengan kukuh .Bercinta dengan Allah sangat berbeda dari
bercinta dengan manusia .Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah
merasai sahaja yang mampu mengerti.
Cinta itu indah, ya memang indah. Carilah cinta selepas bernikah itu lebih bermakna. Dalam Islam cinta hanya satu iaitu Perkawinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul. Cinta bermaruah bukan cinta murahan.
Sekian Assalamualaikum.
******************************************
Ingin sekali aku nikmati kehidupan tiada akhirnya nanti. Biarlah aku bersusah-susah di sini asalkan dapat berbahagia di alam abadi nanti.