Assalammualaikum..
Bismillahirahmanirrahiim..
Sabda
Rasulullah mereka itu wanita-wanita terpelihara yang Allah cipta untuk
penghuni syurga. Mereka terjaga, tidak pernah keluar dari syurga. Mereka
tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia. Mereka menunggu bakal
suami mereka dengan penuh cinta. Kecantikan, keayuan, kelembutan mereka
tidak terkata. Setiap hari mereka lirikkan puisi rindu untuk yang
tercinta. Itulah yang kita gelar sebagai bidadari syurga….
Bagaimana Seorang Wanita Dunia Itu Layak Digelar Bidadari Dunia?
Mereka
mendapat kemuliaan itu dengan menjadikan ciri-ciri bidadari itu sebagai
ciri-ciri mereka. Mereka menjaga diri mereka dari dilihat oleh orang
yang tidak halal baginya. Mereka cinta pada yang esa. Mereka diam
di rumah tanpa berita. Seperti bidadari yang tak pernah keluar dari
Syurga. Kerana luar rumah itu dipenuhi kotoran, penuh dengan buaya
menunggu mangsa, mereka menyimpan diri mereka hanya untuk yang halal
dicinta. Sama seperti bidadari syurga yang menunggu lelaki ahli syurga.
Mereka
tidak berhias melainkan kepada imam mereka. Mereka melunakkan suara
hanya pada suami mereka. Jadi seseorang itu hanya layak digelar bidadari
dunia apabila ciri-ciri mereka sama seperti ciri-ciri bidadari Syurga.
Menjaga diri hanya untuk yang halal buat mereka. Bukan mempamerkan diri
menggoda2 seperti ahli neraka. Dan itu semua jika kalian lakukan.
Kalian akan menjadi bidadari dunia dan bakal menjadi ketua bidadari di
syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain.
Daripada Umm Salamah, isteri Rasulullah SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan
berperhiasan kuning…. (hingga akhir hadis)”
(Riwayat al-Tabrani)
semoga ini memberi sedikit makna buat anda semua. :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar